Isnin, 31 Januari 2011

Remeh Temeh

En. Hambal & En. Mamat sedang membuaang kuku kambing

Menyembur ubat luka di celah kuku kambing

Jawa Hitam - OK tak nama dia? Sesuai dengan namanya, miang sepanjang masa.

En Mamat memang suka memanjakan anak kambing.

Reban No. 2 sudah 80% siap.

Ahad, 30 Januari 2011

Projek Ikan Sangkar

Projek ikan sangkar telah dimulakan pada bulan Mei 2009 di tepi Sungai Perak di Kg Teluk Kepayang, Bota, Perak. Lokasi projek ini terletak di sebelah belakang berhampiran dengan projek ternakan kambing Syarikat.

Kerangka yang dibuat daripada galvanized steel boleh memuatkan 45 sangkar tetapi pada peringkat awal hanya 14 sangkar sahaja yang diisi. Pada masa sekarang jumlah sangkar yang telah diisi adalah sebanyak 30 sangkar. Spesis ikan yang terdapat di sangkar-sangkar kami adalah daripada jenis Tilapia, Patin dan Baung.

Sebarang pertanyaan bagi tujuan membeli ikan dan sebagainya sila hubungi En. Ahmad Hambal (012-5229462) dan En Mior (016-5282282)

Tapak sangkar sebelum projek dimulakan

Kawasan ini asalnya merupakan tapak pengorekan pasir sungai tetapi telah ditinggalkan .

Gambar sangkar ikan pada permulaan projek.


Ikan Tilapia Merah

Ikan Patin


Selasa, 18 Januari 2011

Reban No. 2

Alhamdulillah kami sedang membina sebuah lagi reban untuk menempatkan kambing-kambing tambahan yang dipindahkan daripada reban milik En. Shamsuddin & En. Hisham sebanyak lebih kurang 30 ekor. Reban ini juga akan digunakan untuk menempatkan kambing-kambing yang dibeli daripada luar.

Adalah penting untuk tidak mencampurkan kambing-kambing ini dengan kambing di Reban 1 bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti sakit kuku & mulut, kutu dan sebagainya.

Ahad, 16 Januari 2011

Reban No. 1

Gambar-gambar reban pertama kami yang telah menerima tetamunya pada tanggal 1 Muharram 1432 / 07 Disember 2010. Sejumlah 101 ekor kambing kesemuanya.



Reban ini dibina dengan bantuan geran daripada PPK Bota/Lambor sebanyak RM20,000.



Kambing-kambing ini pula dibeli dengan sebahagian dananya adalah pinjaman daripada PPK Bota/Lambor sebanyak RM30,000.

Kambing Boer & Jamnapari

Pejantan kambing Boer. Star kami.


Sebahagian daripada kambing-kambing sedang diberi makan daun sawit.


Kami panggil kambing ini Ramos sebab dia ada rambut remos (istilah orang-orang di tempat kami bagi rambut yang disikat dengan sedikit gaya di bahagian hadapan.)


Kambing-kambing ini agak kurus semasa gambar-gambar ini diambil. Ketika mula-mula kami menerimanya keadaannya memang begini. Sekarang sudah mula bulat dan berisi. Gambar terkini akan dimuatnaik kemudian.


Kebanyakannya nampak tulang belakang/punggung.


Gaya seekor hero...

Selasa, 11 Januari 2011

Tanjong Akuatik Agro Farm

Tanjong Akuatik Agro Farm telah didaftarkan pada 28/12/2010. Beralamat di Batu 14 1/2, Kg. Teluk Kepayang, 32600 Bota, Perak.
Ia dipelopori oleh 5 orang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk memajukan diri melalui projek pertanian.
    i.  Syed Badrul Hisham Bin Syed Idrus (019-5742999)
    ii. Ahmad Hambal Bin Mohd Shood (012-5229462)
    iii.Mior Shamsuddin Bin Mior Herah (016-5282282)
    iv.Syed Badrul Nizam Bin Syed Idrus (019-5552615)
    v. Mohammad Bin Khalid (019-4316004)

Projek yang sedang diusahakan sekarang ialah Projek Penternakan Kambing dari spesis Boer & Jamnapari. Pada masa ini terdapat lebih kurang 150 ekor kambing. Kambing-kambing ini mula masuk ke kandang di tapak projek ini pada 1 Muharram 1432H / 7 Disember 2010. Moga-moga dengan keberkatan Maal Hijrah akan memberkati usaha kami ini. Kambing-kambing ada yang telah sedia untuk dijual kepada sesiapa yang berminat untuk apa sahaja keperluan, baik untuk dibuat baka, aqiqah, kenduri dan sebagainya.